Wednesday, October 9, 2013

Panduan Pemakaian Pakaian Seragam

kerdit to this blog KLIK

Panduan Pemakaian

Gambar & Panduan Pemaikaian UB

 KADET REMAJA SEKOLAH


PEMAKAIAN PEGAWAI KRS


KATEGORI PEGAWAI KRS

Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza.

Pegawai Latihan
Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah..


Pegawai Pengurusan
Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.
Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.



Pemakaian Pangkat Pengurusan di Sekolah
Contoh Pemakaian No2
(Pegawai Pengurusan)




Sekolah Rendah
1. Guru Besar   - Komandan TKRS (Leftenan Kolonel)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS (Mejar)
Sekolah Menengah
1. Pengetua  - Komandan KRS (Leftenan Kolonel)
2. Semua Penolong Kanan  - Timbalan Komandan KRS (Mejar)
3. Semua Ketua Bidang  - Penolong Komandan KRS (Kapten)


JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS

  • Uniform No2 - Pakaian untuk acara rasmi.Bush Jacket KRS digunakan.
  • Uniform No3 - Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah.
  • Uniform No4 - Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan.
Catatan : Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian



Pangkat Pegawai KRS





PEMAKAIAN PELAJAR KRS SEKOLAH MENENGAH



PEMAKAIAN PELAJAR TKRS SEKOLAH RENDAH





RUJUKAN  : KRS TERENGGANU
       KRS MALAYSIA




KADET POLIS
Pemakaian Kadet Polis Wanita

Pemakaian Kadet Polis Lelaki

KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

Pemakaian Kadet Bomba (Celoreng)

PENGAKAP


TATACARA PEMAKAIAN PENGAKAP

PEMAKAIAN PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA






PEMAKAIAN PENGAKAP KELANA




PEMAKAIAN PEMIMPIN PENGAKAP LELAKI

Bush Jacket
PEMAKAIAN PEMIMPIN PENGAKAP PEREMPUAN 

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
RUJUKAN : PENGAKAP SMAASZA

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Pandu Puteri Tunas


Pakaian Pandu Puteri Tunas
  1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
  2. Seluar Panjang biru tua
  3. Skaf coklat
  4. Lambang kumpulan
  5. Lambang Negeri
  6. Woggle
  7. Lencana dunia
  8. Flashes bahu
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam
Pandu Puteri Remaja 


Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Pandu Puteri Remaja memakai pakaian seragam berwarna biru dan hijau. Bagi yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan, mereka akan memakainya pada selepang.

Pandu Puteri mempunyai cogan katanya sendiri iaitu “SELALU SEDIA”. Ini menunjukkan bahawa Pandu Puteri sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seorang Pandu Puteri Remaja supaya sedar akan tanggungjawab kepada negara khususnya.

Kronologi Penubuhan Pasukan Pandu Puteri
Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam bahasa Melayu.

Motto
"SELALU SEDIA"

Keahlian Pandu Puteri Remaja
  1. Pandu Puteri Remaja adalah anak-anak gadis yang berumur di antara 11 hingga 15 tahun.
  2. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.
Pasukan Pandu Puteri Remaja
  1. Jumlah ahli yang maksimum bagi sesuatu Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang dan jumlah minimum pula ialah 16 orang.
  2. Tiap-tiap satu Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan.
  3. Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.
  4. Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.
Persetiaan Pandu Puteri Remaja
"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"

Undang-Undang Pandu Puteri
  1. Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
  2. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
  3. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
  4. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
  5. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
  6. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar.
  7. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
  8. Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan.
  9. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
  10. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Hormat Pandu Puteri Remaja
Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi.

Pakaian Pandu Puteri Remaja
  1. Baju berlogo warna hijau lembut
  2. Skaft kuning
  3. Woggle
  4. Flashes bahu
  5. Lambang Negeri
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
  8. Seluar panjang biru tua
Pakaian Pandu Puteri Renjer


  1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
  2. Skaf biru tua
  3. Woggle
  4. Flashes bahu
  5. Lambang Negeri
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri
  8. Seluar panjang biru tua
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam

TATACARA PEMAKAIAN PUTERI ISLAM

Pakaian Utama


Pakaian Kawad


UNIFORM KAWAD





No comments:

Post a Comment